Monday, May 24, 2010

tahukah anda....??


Fakta 1.
Cuba anda tengok zip seluar anda, tertera huruf ‘YKK’. YKK bermaksud
Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang anda pakai sekarang ni.

Fakta 2.
Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? Benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan jumlah yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

Fakta 3.
Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

Fakta 4.
Pada tahun 1830, ‘
ketchup‘ (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

Fakta 6.
Tiada satu pun jam di kasino-kasino perjudian di Las Vegas. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi-penjudi dengan taruhan mereka.

Fakta 7.
Kerana ketangkasan Bruce Lee, pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain !!

Fakta 9.
Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh. Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.

Fakta 10.
Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketika anda menggunakan flush tandas.

Fakta 11.
Jika nombor 111,111,111 didarab dengan 111,111,111… Anda akan mendapat jawapan 12345678987654321.

Fakta 12.
Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

Fakta 13.
Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala!!

Fakta 14.
Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

Fakta 15.
Nama yang paling banyak digunakan secara umumnya di dunia ini ialah
Muhammad.

Fakta 16.
Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

Fakta 17.
Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

Fakta 18.
Otak akan lebih aktif ketika tidur berbanding ketika anda menonton tv.

Fakta 19.
Terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan bilangan penduduk-penduduknya.

Fakta 20.
Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepaskan anda dengan serta merta.

Fakta 21.
Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan ke dalam segelas ‘champagne’ segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula, dan turun kembali dan seterusnya, seakan dilambung-lambung.

Fakta 22.
Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa (10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)

Fakta 23.
Tahukah anda senarai ini
tiada no 8.

Fakta 24.
Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkan tiada no 8. Kan?

HeHeHe!!! =p

Related Posts with Thumbnails

2 comments:

Farahin Esa said...

hanis sengaaaallllll~

hanis rosli said...

kih3..mane der cik..ade fakta lg sengalaku letak tu..yg versi sengal.. =)

Post a Comment